ABOUT 4 USM


Kelas 4USM terletak di Sekolah Menengah Taman Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan


Di dalam kelas kami, mempunyai seramai 32 orang murid
dan kelas kami terletak di aras 2..


Pada asalnya kelas ini diberi nama 4 DINAMIK . Namun selepas kedatangan pengetua baru, Tuan Omar bin Ahmad telah menukar nama kelas kami kepada 4 USM .

Guru kelas kami bernama Puan Norliza , beliau seorang guru yang sangat baik. Beliau mengajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas.

Kami mempunyai seorang ketua kelas yang bernama Azahari dan pembantunya ialah Syaza Lisa yang merangkap sebagai penolong ketua kelas dalam kelas 4USM. Kelas ini juga turut mempunyai Bendahari dan AJK kebersihan dan keceriaan.

Kelas kami mengambil 8 mata pelajaran ,terdiri daripada 6 subjek teras : Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik , Sains , Sejarah , Pendidikan Agama dan 2 mata pelajaran tambahan yang kami ambil ialah Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas .

Guru Bahasa Melayu kami ialah Encik Rais Bin Yusof . Beliau seorang yg baik hati dan suka membuat lawak kerana melawak ialah cara beliau mengajar.

Manakala guru Bahasa Inggeris kami ialah Puan Syarayah Bt Mansor . Beliau seorang yang penyabar , baik hati dan kami juga menganggap beliau sebagai 'Ibu' kami.

Seterusnya , cikgu Sejarah kami yang bernama Encik Darus Bin Yusof . Beliau juga seorang yang baik hati dan sering membuat lawak ketika mengajar.

Kemudian guru Matematik kami ialah Puan Jamaliah . Beliau seorang yang tegas namun beliau mengajar kami  dengan penuh kesabaran .

Kami juga mempunyai seorang 'Umi' yang peramah dan sering menunjukkan muka yang manis dengan senyuman . Umi yang dimaksudkan ialah Puan Rafeah Bt Mohd. Yusoff . Beliau mengajar kami Pendidikan Islam.

Guru mata pelajaran Sains ialah Puan Norafipah Bt Mohd. Nor . Beliau mengajar kami dengan penuh kesabaran . Beliau juga seorang penyayang , baik hati dan peramah .

Seterusnya guru kesayangan kami Puan Noraishah Bt Safiei , beliau mengajar kami dalam Prinsip Perakaunan  dan beliau juga mengajarkan kami dengan penuh kesabaran . Walaupun kami degil dan sukar untuk memahami apa yang diajar.


kemudahan kelas kami :


Telatah kami di hadapan lensa kamera. :D






MAJLIS JAMUAN RAYA 2013








































































No comments:

Post a Comment