Thursday, August 29, 2013

Ceritera Julai dan Ogos

Assalamualaikum,

Hai hai! Wow, dah lama sangat tak update sini eh? Maaflah, kami memang tersangat sibuk dengan aktiviti sekolah. Heheheh (alasan -.-)

Anyway, pada 26/7/2013, kami telah mengadakan majlis berbuka puasa di Sate Haji Samuri, Taipan. Setelah berminggu minggu berbincang nak buat di mana, akhirnya kami pilih tempat ini juga kerana ada 'uptown'. Oh mestilah nak shopping dengan kawan kawan! Nak raya dah kan? :D Menu kami adalah nasi goreng ayam, air jug oren dan sate ayam dan daging. Ahhh sedap Alhamdulillah Allah S.W.T izinkan kami mengharungi satu hari lagi berpuasa di bulan Ramadan. :) Oh ya, lupa pula nak beritahu, hari itu juga merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti raya! Uyeye! :D

















Oh lihatlah dunia! Berseri seri wajah kami, tersenyum senyum kerana sudah mulanya cuti! 

Sudah menjadi sesuatu yang secara semulajadinya wujud dalam diri seseorang yang bergelar murid, pasti pantang mendengar apatah lagi mendapat cuti!

Akan tetapi, masa terasa begitu pantas meninggalkan kami semua. Cuti yang dirindui telahpun meninggalkan kita dalam sekelip mata! Dua minggu, alahai terasa bagaikan dua hari! Sekolah sudah bermula. Pada minggu pertama pada hari Selasa, kami memakai baju korporat, baju kebanggaan kami buat pertama kalinya di publik. Oh agak segan juga kerana sekarang beribu pasang mata menumpukan perhatian mereka pada kami. Akan tetapi, pelajar perempuan kami tidak ramai yang memakai baju korporat. Ini disebabkan, banyak lagi pakaian tambahan yang belum dibeli. Seluar slack hitam, tudung hitam, kasut hitam. Itulah, agak sedikit susah menjadi perempuan ni! Haha. Pelajar lelaki, Alhamdulillah, majoriti banyak yang memakainya. Alahai, segak segak semuanya. Boleh melting! Hahaha. Terima kasih kepada Fairul Nizam kerana bersusah payah mendapatkan buku katalog untuk memilih menjadi baju korporat kami!

Pada minggu kedua, memang ramai memakainya. Admin sendiri, iaitu saya, Sharina Hasdi, ada membawa kamera sendiri untuk mengambil gambar kami sekeluarga bersama bonda kami. 



Okaylah, hari pun sudah lewat sudah. Jam 11.35pm. Admin mahu masuk tidur dulu. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kisah 4USM! Assalamualaikum. :)

Thursday, June 20, 2013

Baju Kelas?

Assalamualaikum,

Dah masuk bulan Jun? Eh eh?
Masa sekarang lah nak pening pening fikir, design baju kelas atau baju korporat.
Memang ramai juga yang memilih baju kelas, tak kurang juga baju korporat. Senang cerita, ambil sahajalah
kedua - duanya! Kan senang?

Pemilihan baju sudah diambil. Pada mulanya, mahukan baju kemeja berwarna hitam berhighlight kan pink. Tapi, Bonda kami, Puan Norliza sudah pun memilih warna biru. Okay sahajalah. Janji ada. Barulah bersemangat nak belajar. Kan kan? :D Terasa bagaikan betul betul berada di alam pekerjaan! Dunia Akaun! Oh, terima kasih bebanyak kepada Fairul kerana bersusah payah membawakan buku log design baju! Ringan sikit pening kepalanya. Hahaha.

Pada 10 Julai, akan bermulanya bulan Puasa. Mak aih, cepatnya masa berlalu! Kami masih berada di awal perancangan ingin mengadakan Jamuan Buka Puasa. Tapi... Di mana ek? Aliq Danial cadangkan Royale Bintang. Awal awal lagi sudah cancel. Tak mungkin mampu ditanggung oleh sesetengah pelajar! Mungkin Restoran Chinese-Muslim. Entah dimana lokasinya, kami tak pasti. Yang pastinya, kami mahu satu kelas semua ada disitu, bersantap bersama sama!

Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun pula akan ditunjukkan pada Hari Perjumpaan Tiga Penjuru. Antara guru, ibubapa dan murid. Oh seramnya! Oh takutnya! Seluruh kelas bergetar mendengarnya! Bonda kami telahpun mengatakan, "Tak apa. Jangan sedih. Boleh cuba lagi." Tersentuh hati kami mendengar alunan suara Bonda memujuk kami. Oh, orang kata, ini normal. Baru awal awal tahun Tingkatan 4. Baru nak membiasakan diri dengan soalan yang begitu banyak. Tak apa, In Sha Allah, kami, Tingkatan 4 USM akan tampil sebagai pelajar contoh SMKTTJ!

Sekian, itu sahaja post kami pada hari ini. Wassalam.

Thursday, May 16, 2013

happy teacher day...






Assalamulaikum ,
16 Mei 2013 merupakan tarikh hari guru di Malaysia dan pengorbanan seorang guru.
 Jasa guru tidak ternilai harganya . Guru ibarat lilin yang membakar ditrinya untuk menerangi oran lain . oleh itu ,  kami  mengucapkan tanda terima kasih kepada guru bagi menghargai penat lelah dah jasa baik seorang guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu.





Tuesday, April 30, 2013

peperiksaan pertengahan tahun

30/4/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .


Pejam celik pejam celik tengok-tengok exam dah nak dekat . sangat dekat sebab lagi dua hari ! takut!! semestinya ada . mesti susah nak perah otakkan ?memang lah ,so many people stress sebab nak exam .





diaorang semua  nak bersaing untuk dapat no .1 dan nak markah yang bagus....












JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013




HARI/
TARIKH
MASA
     MATA PELAJARAN
02.05.13
KHAMIS
 08:00-11:00
 SEJARAH 3
03.05.13
JUMAAT
 08:00-10:15
10:15-10:35
10:35-12:20
BAHASA TAMIL 2
REHAT
BAHASA TAMIL 1
07.05.13
SELASA
08:30-11:00
11:05-11:25
11:30-01:10
BAHASA MELAYU 2
REHAT
PENDIDIKAN ISLAM 2
08.05.13
RABU
08:30-11:00
11:05-11:25
11:25-01:10
BAHASA INGGERIS 2
REHAT
BAHASA INGGERIS 1
09.05.13
KHAMIS
08:45-11:00
11:05-11:25
11:55-01:10
BAHASA MELAYU 1
REHAT
MATEMATIK 1
10.05.13
JUMAAT
11:00-12:15
 SAINS 1
13.05.13
ISNIN

08:30-11:00
11:05-11:25
11:55-01:10
MATEMATIK 2
REHAT
EKONOMI ASAS 1
 14.05.13
SELASA
08:30-11:00
11:05-11:25
12:10-01:10
SEJARAH 2
REHAT
SEJARAH 1
15.05.13
RABU
08:30-11:00
9:00-11:00
11:05-11:25
11:55-01:10
 PENDIDIKAN MORAL
PENDIDILAN ISLAM
REHAT
PRINSIP AKAUN 1
16.05.13
KHAMIS
09:00-11:00
EKONOMI ASAS 2
 22.05.13
RABU
08:30-11:00
SAINS 2
23.05.13
KHAMIS
08:30-11:00
 PRINSIP AKAUN 2



GOOD LUCK..


Tuesday, April 23, 2013

About SMKTTJ

ABOUT SMKTTJ


VISI:

Sekolah unggul penjana generasi terbilang
MISI:

membangun pontensi individu melalui pendidikan berkuantiti


FALSAFAH SEKOLAH:

mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar. 
diajar dan boleh mencapai kemajuan  serta mengakui bahawa 
sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan para pelajar.

COGAN KATA:

Knowledge Is Power
 But Character Is More 





Definisi Logo Sekolah

KUNING:

melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia

MERAH:

melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

BIRU:

melambangkan perpaduan rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum , agama dan latar 
belankang , bersama-sama menuju kecemerlangan.

putih:

di dalam bulatan melambangkan keikhlasan serta kesucian yang perlu dipelihara untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan negara.


kemudahan sekolah kami :



DATARAN



BILIK MUZIK



  PADANG



BLOK MAKMAL SAINS DAN KH



PERHIMPUNAN



                                             
                                                    PEPUSTAKAAN




LALUAN KE KANTIN

LALUAN KE PEJABAT


pertandingan blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Sekolah Menengah Taman Taunku Jaafar telah mengadakan pertandingan blog oleh itu , kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kami telah dapat menyiapkan blog ini . kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pihak yang telah terlibat dalam menghasilkan blog ini.