Thursday, August 29, 2013

Ceritera Julai dan Ogos

Assalamualaikum,

Hai hai! Wow, dah lama sangat tak update sini eh? Maaflah, kami memang tersangat sibuk dengan aktiviti sekolah. Heheheh (alasan -.-)

Anyway, pada 26/7/2013, kami telah mengadakan majlis berbuka puasa di Sate Haji Samuri, Taipan. Setelah berminggu minggu berbincang nak buat di mana, akhirnya kami pilih tempat ini juga kerana ada 'uptown'. Oh mestilah nak shopping dengan kawan kawan! Nak raya dah kan? :D Menu kami adalah nasi goreng ayam, air jug oren dan sate ayam dan daging. Ahhh sedap Alhamdulillah Allah S.W.T izinkan kami mengharungi satu hari lagi berpuasa di bulan Ramadan. :) Oh ya, lupa pula nak beritahu, hari itu juga merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti raya! Uyeye! :D

















Oh lihatlah dunia! Berseri seri wajah kami, tersenyum senyum kerana sudah mulanya cuti! 

Sudah menjadi sesuatu yang secara semulajadinya wujud dalam diri seseorang yang bergelar murid, pasti pantang mendengar apatah lagi mendapat cuti!

Akan tetapi, masa terasa begitu pantas meninggalkan kami semua. Cuti yang dirindui telahpun meninggalkan kita dalam sekelip mata! Dua minggu, alahai terasa bagaikan dua hari! Sekolah sudah bermula. Pada minggu pertama pada hari Selasa, kami memakai baju korporat, baju kebanggaan kami buat pertama kalinya di publik. Oh agak segan juga kerana sekarang beribu pasang mata menumpukan perhatian mereka pada kami. Akan tetapi, pelajar perempuan kami tidak ramai yang memakai baju korporat. Ini disebabkan, banyak lagi pakaian tambahan yang belum dibeli. Seluar slack hitam, tudung hitam, kasut hitam. Itulah, agak sedikit susah menjadi perempuan ni! Haha. Pelajar lelaki, Alhamdulillah, majoriti banyak yang memakainya. Alahai, segak segak semuanya. Boleh melting! Hahaha. Terima kasih kepada Fairul Nizam kerana bersusah payah mendapatkan buku katalog untuk memilih menjadi baju korporat kami!

Pada minggu kedua, memang ramai memakainya. Admin sendiri, iaitu saya, Sharina Hasdi, ada membawa kamera sendiri untuk mengambil gambar kami sekeluarga bersama bonda kami. 



Okaylah, hari pun sudah lewat sudah. Jam 11.35pm. Admin mahu masuk tidur dulu. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kisah 4USM! Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment