Assalamualaikum,
Dah masuk bulan Jun? Eh eh?
Masa sekarang lah nak pening pening fikir, design baju kelas atau baju korporat.
Memang ramai juga yang memilih baju kelas, tak kurang juga baju korporat. Senang cerita, ambil sahajalah
kedua - duanya! Kan senang?
Pemilihan baju sudah diambil. Pada mulanya, mahukan baju kemeja berwarna hitam berhighlight kan pink. Tapi, Bonda kami, Puan Norliza sudah pun memilih warna biru. Okay sahajalah. Janji ada. Barulah bersemangat nak belajar. Kan kan? :D Terasa bagaikan betul betul berada di alam pekerjaan! Dunia Akaun! Oh, terima kasih bebanyak kepada Fairul kerana bersusah payah membawakan buku log design baju! Ringan sikit pening kepalanya. Hahaha.
Pada 10 Julai, akan bermulanya bulan Puasa. Mak aih, cepatnya masa berlalu! Kami masih berada di awal perancangan ingin mengadakan Jamuan Buka Puasa. Tapi... Di mana ek? Aliq Danial cadangkan Royale Bintang. Awal awal lagi sudah cancel. Tak mungkin mampu ditanggung oleh sesetengah pelajar! Mungkin Restoran Chinese-Muslim. Entah dimana lokasinya, kami tak pasti. Yang pastinya, kami mahu satu kelas semua ada disitu, bersantap bersama sama!
Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun pula akan ditunjukkan pada Hari Perjumpaan Tiga Penjuru. Antara guru, ibubapa dan murid. Oh seramnya! Oh takutnya! Seluruh kelas bergetar mendengarnya! Bonda kami telahpun mengatakan, "Tak apa. Jangan sedih. Boleh cuba lagi." Tersentuh hati kami mendengar alunan suara Bonda memujuk kami. Oh, orang kata, ini normal. Baru awal awal tahun Tingkatan 4. Baru nak membiasakan diri dengan soalan yang begitu banyak. Tak apa, In Sha Allah, kami, Tingkatan 4 USM akan tampil sebagai pelajar contoh SMKTTJ!
Sekian, itu sahaja post kami pada hari ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment